Adakah Kamu Semua Tahu Apa Itu Ghibah?(Mengumpat)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

Haa...Mengumpat-Mengumpat ni memang dah terbiasa sangat dengan kita kan?.Siapa yang pernah mengumpat cuba angkat tangan.*saya disini pun angkat tangan jugak*.Nak cakapnye yang kita ni memang tak boleh lari dari mengumpat.Tapi..tak bermakna kita boleh mengumpat sesuka hati.Awak yang sana tu.Alah..yang tengah baca sekarang ni..Apa rasanya mengumpat? seronok kan?.kemain ngumpat orang,ye dak?.Sebab tulah pada suatu hari Rasulullah  tanya para sahabat baginda yang bermaksud,

"Adakah kamu semua tahu apakah itu Ghibah? (Mengumpat)" Tanya Rasulullah.

Mereka menjawab,

"Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui"

"apabila kamu menyebut tentang saudaramu yang dia tidak suka !"jawab Rasulullah.

Sahabat pun tanya balik,

"Bagaimana jika yang disebut ada padanya(iaitu benar)"

Lantas,baginda menjawab,

"Sekiranya apa yang kamu katakan itu terdapat 
padanya (benar) itulah Ghibah(mengumpat) ! Dan
jika apa yang kamu katakan itu tidak ada padanya
       yakni tidak benar,maka kamu telah membawa berita

 dusta iaitu berita fitnah."

(hadis riwayat muslim)



Kesimpulannya,jika kita ni dah banyak sangat mengumpat orang,jumpa orang tersebut dan

mohon maaf.Kerana dosa sesama manusia kena mintak ampun dengan manusia.Kalau

orang tu kita  tak tahu dia kat mana camner ek? Haaa..sekarang kan  zaman teknologi 

tinggi..contact la.malu? Hah biar tebal muka asalkan hati tenang mintak ampun dengan 

semua orang,senang.Kalau orang tu mati macam mana?  


Kalau orang tu mati atau dah takde..tak boleh jumpe kat mana-mana pun, kita kena bersiap-

siap buat amal banyak-banyak sebab nanti kat akhirat,dia mintak pahala kita pasal kita 

mengumpat dia.Buat amal banyak-banyak tu  untuk tampung amalan kita kat akhirat 

nanti.Kita kan nak masuk syurga.Haa..kat bawah ni saya share tips/cara untuk mintak maaf 

dengan orang lain.Harap bermanfaat :)

7 Cara nak mintak maaf dengan orang

1.Jumpa face to face

Pergi dekat dengan dia "Awak,saya mintak maaf sebab mengumpat awak" pastu salam dia.

2.Tulis surat

"kepada si fulan,sorry sangat2 sebab ngumpat  kau banyak-banyak dulu.Maafkan  Aku. -sahabatmu (nama)"
letak atas meja study dia or dalam beg supaya senang dia nampak.

3.Pesan kat orang lain yang anda percayai.

"Kau cakap kat dia,Aku mintak maaf gila2 tau,sebab aku terumpat dia hari tu"

4.Bagi hadiah befday.

"Awak,epy b'day.Semoga panjang umur.Maafkan saya kalau buat silap dengan awak "

5.Bincang pasal akhirat

"ha'ah lah kalau mengumpat memang dosa weh.Aku nak mintak maaf dengan kau awal2 kalau aku pernah mngumpat kau"

6.Buat video ucapan maaf.

Kalau malu nak face 2 face buatlah video.cakap dpn kamera je.

7.buka fb..post kat newfeed
"Kalau aku ada ngumpat kat sapa2 yang ternampak,terbaca status ni.Aku mintak maaf.kosong-kosong yer ;) "

Moga ilmu yang dikongsi dapat korang sebarkan kepada yang lain  :)